Welcome ! Just random life stories,tips and things :D like.comment.follow.

Friday, November 1, 2013

Dakwah bil hal si muslimah bertudung labuh

Asalamualaikum ^^V

Spm lagi beberapa hari je lagi and what im doing here??
Sebenarnya baru terbaca something about dakwah bil hal. Dakwah ada pelbagai cara antaranya dakwah bil lisan iaitu melalui percakapan seperti ceramah agama,motivasi dan lain2. Dakwah bil hal pula melalui 'action'..


Contoh mudah dakwah bil hal..Pada suatu masa dahulu cik sendiri pun bukanlah seorang muslimah yg bertudung labuh. But after pindah sekolah, environment yg ada muslimah bertudung labuh ni membuatkan saya rasa lebih dekat dgn agama and makes me think that i should change.that is muslimah. Alhamdulillah :')
Betulla kata pepatah 'action speaks louder than word '

Satu situasi lain..terdapat vvip lelaki yg menyampaikan sijil kepada ramai orang. Dia bersalaman dgn semua orang termasukla perempuan. Tiba seorang wanita bertudung labuh naik ke pentas. VVip tersebut tidak buat seperti kebiasaannya. Dia tidak menghulur tgn utk bersalaman.dan kemudian..semua perempuan selepas wanita bertudung labuh itu dia tidak bersalaman.

Si VVIP itu mungkin lalai dengan agamanya sehingga habis semua lelaki dan perempuan dijabatnya tanpa berasa segan dan kekok.  Mungkin kerana penghayatan agamanya kurang hasil dari persekitaran dan latar belakangnya sendiri.  Namun, setelah tiba giliran si muslimah yang bertudung labuh ingin mengambil sijil penghargaan beliau, si VVIP itu tiba-tiba tersedar akan tuntutan agamanya yang melarang dari lelaki dan perempuan bebas berjabat salam atau bersentuhan.Kehadiran muslimah itu telah menyelamatkan lain-lain muslimah di belakang gilirannya.  Kerana sebelum muslimah bertudung labuh itu naik ke pentas, telah ada sok-sek-sok-sek di kalangan muslimah di tempat duduk yang masing-masing mengadu sesama mereka betapa tidak sensitifnya si VVIP itu terhadap agama.  Mereka merujuk kepada perbuatan si VVIP yang bersalam sakan dengan wanita-wanita bukan mahramnya di atas pentas.Namun, tanpa bersuara si muslimah bertudung labuh itu telah menyampaikan mesej agama kepada si VVIP itu lalu menyedarkannya.  Beliau tidak meneruskan perbuatan beliau bersalaman dengan wanita selepas itu.  Tidakkah hal ini boleh menyebabkan sayang ALLAH tercurah kepada wanita bertudung labuh itu?  Lain-lain wanita terselamat kerananya.  Dan kerananya juga si VVIP itu tersedar.  Dengan izin ALLAH, tentu ada bahagian pahala dari sisi ALLAH hasil dari perbuatan tidak langsung ini.

Banyak lagi contoh dalam masyarakat kita bagaimana si muslimah bertudung labuh boleh berdakwah secara tidak langsung hanya melalui pakaian tudung labuh mereka.  Antaranya ialah:Meredakan nafsu para lelaki yang selama ini melihat perempuan hanya sebagai objek seks.  Dengan melihat si muslimah bertudung labuh, si lelaki mungkin datang jiwa beragama secara tiba-tiba dan insaf.  Pandangan nafsu mereka akan ditenangkan dan diganti dengan keimanan.Muslimah yang bertudung labuh selalu mengingatkan para masyarakat akan agama.  Dengan kehadiran mereka, selalu secara tiba-tiba sahaja orang ramai akan teringat akan suruhan solat, suruhan tutup aurat, larangan mengumpat dan lain-lain hal berkaitan agama.  Kebiasaannya masyarakat akan segan untuk melakukan perkara-perkara yang bercanggah agama secara terbuka di hadapan muslimah yang bertudung labuh kerana secara amnya mereka mengingatkan kita kepada agama dan rasa beragama.Memberi contoh kepada lain-lain muslimah tentang cara berpakaian yang betul dan menepati syariat Islam.Menunjukkan kesederhaan dan kesopanan para wanita Islam kepada masyarakat Islam atau yang bukan Islam yang terkeliru dengan nilai-nilai ummat Islam yang dipesongkan oleh media dan persepsi masyarakat.Dan lain-lain lagi.


Percayala Allah menyuruh muslimah menutup aurat not for no reason..
percayala muslimah...menutup aurat dan bertuudng labuh merupakan antar dakwah fil hal.Bukan sahaja melindungi diri drpd maksiat dan bahaya lelaki tapi juga menyedarkan masyarakat kepada agama dan supaya berasa malu sekiranya melakukan maksiat.namun tudung labuh juga bukanlah menunjukkan seseorang itu sempurna. :') melkukan kesalahan,lupa,lalai merupakan sifat manusia biasa. sekiranya melakukan kesalahan bersujud kembali kpada allah dan mohon keampunan serta perlindunganNya. Janganlah kita melihat keburukan manusia sahaja. Stop looking the bad thing they had done. Look at how they had changed to good. Every person worth another chance. Kadang orang yg kita rasa teruk tu sebenarnya lebih baik daripada kita. Serahkan kepada Allah kerana allah yg maha berkuasa.wallahualam. :) sekian.

#from
http://muzir.wordpress.com/2012/06/05/dakwah-bil-hal-si-muslimah-bertudung-labuh/
like:comment:share :)

No comments:

COPYRIGHT @ SEMUA YANG TERPALIT HAK MILIK IZZATUL ISMAH